Skip to main content

Roasted Chicken Ala Kenny~Enak, Lazat, Hingga Menjilat Jari

Sape suke Roasted Chicken???
Sis hantu roasted chicken tau! Dulu every weekend mesti ajak hubby gi Kenny Rogers, sebab sis suka sangat ayam dia yang moist & juicy, side dishes plak pelbagai pilihan. Bila dah banyak kali makan kat restoren tu, sis tertarik untuk buat sendiri kat rumah.

So sis ngan hubby pon terjah laa supermarket terdekat cari bahan-bahan! Kitorang ni memang satu kepala bab-bab sopim barang dapur, especially kalau menu yang kitorang nak masak tu menarik!


Tadaaa! Air tangan mr hubby & sis! Ayam & sos black pepper tu air tangan sis, side dishes mr hubby yang buat. Hidang atas plate camni sebab nak fefeeling makan kat restoren.
Kui kui kui!

So kat sini sis nak share resepi Roasted Chicken Ala Kenny yang sis olah sendiri. Tapi rasa perghhhh sedap tak terkata uols! Sejujurnya sis lebih suka yang buat sendiri sebab boleh ejas nak kurang masin ke, black pepper lebih ke, memang awesome lah!!! Resepi semudah ABC! Check it out y'alls!

ROASTED CHICKEN ALA KENNY
Bahan-bahan
-Ayam(whole/half/quarter)
-Black pepper (tumbuk kasar)*
-White pepper*
-Serbuk paprika*
-Kiub/serbuk pati ayam*
-Butter
-Carrot 2 btg (potong kasar)
-Bawang besar 1 (potong kasar)
-Bawang putih 3-5 ulas (jangan buang kulit)

Cara-cara
-Lumur ayam dengan bahan-bahan bertanda *. Pati ayam tu kalau pakai yang kiub, ramas-ramas dulu, kemudian lumur atas ayam.
-Perap. Paling kejap 3 jam.
-Letak ayam, carrot, bawang besar & bawang putih dalam baking tray. Potong butter kecik-kecik kemudian letak atas ayam. Kalau guna ayam sekor, butter dlm 100g.
-Bakar pada suhu 180c selama 1 jam 30 minit.


Ayam yang dah diperap. Lumur agak-agak je banyak mana uols. Bergantung pada kuantiti ayam jugak.

Yummeh!


Siappp dibakar! Masa ni sis takde bawang besar, ada bawang bombay jer. Belasah. Haha!

Uols kena cuba tau resepi ni, Seriusss memang sedappppppp hingga menjilat jari! Puass hati sesangat. Dah tak perlu jejak kaki kat restoren, nak yang buat sendiri jerrr! Side dishes dia nanti sis sambung di next entry. Sis nak tanya resepi ngan mr hubby dulu. Hehe.

SELAMAT MENCUBA! ^_^

Comments

  1. Replies
    1. Sedap hingga menjilat jari! Hihikss... Nnt I bagi resepi side dishes & sauce blackpepper tu plk okayy

      Delete
  2. ohhhhh emmmm jiiiiii sedapnya. i love roasted chicken!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Llao llao Frozen Yogurt Sumpah Sedappp Gerenti repeat!

Hai readers, happy 2019! Dah lama tak bersiaran, sebelum taip entry ni sis duk sapu-sapu habuk kat blog sikit. Haha. Maklum la sis sibuk dengan business... Alhamdulillah. Sis dah lama tengok orang beratur panjang depan kaunter llao llao ni. Tapi baru-baru ni je sis mula try. Rupanya sedapp hoiii. Patut ler ramai bebenor beratur. Lagi satu, sebutan llao llao ni memang berbeza daripada ejaan. Ejaan llao llao tapi cara nak sebut, yau yau. Sebelum ni hati tak terpanggil pun nak cuba, tapi masa sis jalan-jalan kat Eco Ardence Setia Alam, tetiba je llao llao ni memanggil-manggil, ditambah plak ngan cuaca panas masa tu, who can say no to a cold treat??? Nak dijadikan cerita, sebab tak biasa, sis pun fikir camne nak order ni. Ooh rupanya dah ada menu board, siap ngan harga. Ingatkan cam frozen yogurt Tutti Frutti yg kena timbang tu. Yang ni lagi senang nak order. Kat bawah ni sis sertakan menu dia. Sis pun usha-usha menu dia. Dan tertarik nak cuba yang paling mahal, SANUM. Kui.. K

GARLIC PARSLEY POTATOES dan lain-lain~Hidangan sampingan sihat, mudah & menyelerakan!

Hai semua! Sis tercari-cari mane laa gambar hidangan sampingan atau side dishes untuk Roasted Chicken ala-ala Kenny Rogers dalam fon sis ni! (Untuk resepi Roasted Chicken boleh klik di  SINI ) Skrol punye skrol gambar, haaa dah jumpa pun.. So sis mula la menaip entry ni. Hoho. Firstly, nii dia, GARLIC PARSLEY POTATOES! Kentang lembut dan rasa lemak butter yang enak, menjadikan ia hidangan sampingan kegemaran sis! Jom check out resepi. GARLIC PARSLEY POTATOES Bahan-bahan: - 4 biji kentang (saiz besar), potong wedges - Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus - 100gm butter - Garlic powder/serbuk bawang putih - Secubit garam Cara-cara: 1) Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama sampai lembik tau. Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan. 2) Dalam saucepan, cairkan butter. Bila dah cair, tutup api. Masukkan garlic powder secuku

King Oyster Mushroom masak Blackpepper~sungguh menyelerakan!

Hi lovelies! Fungus! It sounds hideous, tapi sis suka fungus!!! Dalam ertikata lain, mushroom/cendawan... Hihi. Kali ni sis nak share satu resepi menarik, yang sis olah sendiri menggunakan 'King Oyster Mushroom'. Mushroom ni agak besar drp typical mushroom, lebih tebal, 'meaty' dan kalau anda vegetarian, mushroom ni sangat sesuai sebagai pengganti ayam atau daging! Sis rasa tofu telur sgt sesuai utk incorporate dalam hidangan ni. Ala-ala chinese style gitew! Tadaa... Kuah yg pekat, rasa pedas, manis dan savory, ditambah rasa lembut tofu telur yg mengasyikkan! Chewah! Jom check out resepinya! KING OYSTER MUSHROOM MASAK BLACKPEPPER Bahan-bahan: -King oyster mushroom(1 paket, hiris panjang) -Tofu telur(1 tiub) -3 ulas bawang putih(dimayang) -2 sudu besar(sb) sos tiram -3 sb kicap manis -1 sb sos cili -Serbuk lada hitam(sukatan ikut citarasa) -1 sb tepung jangung, dibancuh sedikit air supaya larut Cara-cara: -Potong tofu telur & goreng seketika. Ket